Pages

Subscribe:

Monday, December 12, 2011

Setahun Bergelar Cikgu/A Year of a Teacher

22 November 2011 segalanya bermula. Selain tarikh hari lahir orang-orang yang penting dalam hidup aku, tarikh ini aku anggap sebagai titik mula perjalanan hidup aku yang sebenar. Dalam masa yang singkat ini pelbagai pengalaman aku kutip, ada yang mengembirakan dan tidak kurang juga yang menginsafkan. Dari sisi yang lebih optimistik, semua ini telah memberikan aku satu tanggapan yang aku sebenarnya perlu belajar banyak lagi. Umumnya tempoh setahun bukanlah kayu pengukur untuk menilai sejauh mana kemampuan seseorang tetapi cukup untuk memberi gambaran hala tuju yang seterusnya. Aku secara peribadi mengakui bahawa permulaan aku dalam kerjaya ini tidak begitu memberangsangkan, kelemahan dengan jelas boleh dilihat dari pelbagai sudut. Bukan terlalu naif untuk tidak menyedari kesilapan namun puas dicuba, akhirnya kelemahan yang lain pula yang muncul. Sekalipun begitu, aku harus berterima kasih kepada rakan-rakan sekerja yang aku kira cukup mengerti bahawa aku ini guru yang masih belajar lagi.

22 November is the start of everything. Apart from the dates of those beloved to me, this I consider as of having similar signifcance to me through which my actual life begin. I've been through a lot during this course. A mixture of experiences, I might say, giving me the ultimate conclusion that I need to learn more. It is generally not a good benchmark to actually justify one's capabilities in a short period of time but it is, however, sufficient to provide the preliminary overview of what comes next. I am personally confess that the year is a disastrous start with here and there tangible incompetencies in every aspects of me. I have somehow tried to surpass this yet more self-defects emerged. Despite everything I owe my collogues of all the blessing for having been there; supporting, advising and above all for understanding I am a novice teacher. 




0 comments:

Post a Comment